ONEXOX - Inovasi Prabayar Terkini

Pilihan Tepat Untuk Berjimat

One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.
One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.
Disamping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.
One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang

BELI SIMKAD RM10 DI SINI


PLAN YANG FLEKSIBEL

ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Selain kadar biasa yang kompetitif, kami juga menawarkan lebih penjimatan keatas kadar rendah apabila baki kredit di dalam Akaun Dedikasi digunakan. Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi dan Akaun Utama bagi memberi ruang penjimatan kepada anda.

large_rn8sGgOBHANa.jpg

Kaedah caj:
Panggilan dan SMS dikenakan pada kadar rendah daripada baki Akaun Dedikasi. Kadar biasa daripada baki Akaun Utama dikenakan setelah ketiadaan baki di dalam Akaun Dedikasi.

BELI SIMKAD RM10 DI SINI

Kadar Caj

Panggilan Serendah 5 Sen Bawah 10saat (Semua Talian)

Panggilan Serendah 7 Sen (Sesama Talian) - (2 Blok- 7sen/8sen)

Panggilan Serendah 9 Sen (Lain-lain Talian) - (2 Blok- 9sen/9sen)

Panggilan Serendah 6 Sen / SMS 2 sen Ke 10 Nombor Favourite Dalam Famili & Rakan - (Semua Talian!!!)

150 SMS Percuma X 12 Bulan (Sesama Talian)

Ganjaran Topup Percuma & Tunai (Sahabat One) - User Get User 5% Jumlah Topup Rakan Akan Masuk Ke Akun Topup Anda

Pelan Internet Yang Berpatutan Dan Liputan Meluas Serta Laju

Pelan Data Tiada Terma Pay Per Use. Jaminan Tiada Kecurian Kredit

Pindahan Kredit

Points Untuk Redeem Data, Airtime Dll

Topup Dimana2 7-E, Stesen Minyak, E-Pay, Selfcare Xox

Dan Yg Paling Menariknya….

Jika Anda Kekalkan No Lama, Anda Akan Menerima Tempoh Sah Lebih Lama!!! Tempoh Sah 28 Bulan Untuk Setiap Pertukaran Talian (MNP) Ke ONE XOX

BELI SIMKAD RM10 DI SINI

USER GET USER (UGU)

Terma & Syarat:
1. Program ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan ONEXOX sahaja.
2. Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
3. Bermula April 2015, pelanggan layak mendapat 6% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.
4. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
5. Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk mendaftar langganan

6. Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan bersama ketika pengedar
mendaftarkan langganan kenalannya.
7. Tertakluk kepada mekanisme ganjaran.


Mekanisme Ganjaran:
1. 6% ganjaran keatas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui Pengedar Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh One XOX Sdn. Bhd. sahaja.


BELI SIMKAD RM10 DI SINI


Soalan-soalan Lazim


1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd.

2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar sah yang dilantik.

3. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh. Ianya dinamakan .

4. Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit tersedia RM5 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.

5. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.
Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma):
SMS ke 22111- TRNSDA<amaun yg hendak dipindahkan>
Contoh: TRNS DA 18

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.
Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk untuk gambaran lanjut.

6. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.
7. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'XOX' ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX.

8. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal 'Self Care'?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
b. Dapatkan bil terperinci.
c. Tambah nilai.
d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
g. Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal

9. Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan 'Blackberry Internet Service'(BIS).

10. Adakah pelan data ONEXOX bersifat 'unlimited'?
TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) sehingga 4mbps muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'yang mana sampai dulu' iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan .

BELI SIMKAD RM10 DI SINI

Naji Naridin

Naji Naridin
  • DYSD32341
  • 0135522103
  • 0135522103
  • +60135522103
  • Facebook